Blog ini dibina bertujuan untuk:-
1.0 Pengenalan
2.0 Analisis Perbincangan
Analisis yang dilakukan adalah berdasarkan kisah-kisah sastera tradisional dan moden yang mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Kisah-kisah yang dipaparkan boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran untuk kanak-kanak Prasekolah. Nilai-nilai yang boleh diselitkan dalam modul pengajaran pelajar Prasekolah adalah seperti:-
1.0 Pengenalan
Hashim Awang (1985) mentakrifkan
kesusasteraan secara umumnya merujuk kepada kumpulan buku-buku yang indah
bahasanya dan baik isinya. Menurut Tuan Nurizan Raja Yunus & Che Zainon
Omar (2011) dalam Siti Khariah Mohd Zubir et.al (2011:139)
kesusasteraan dalam konteks pendidikan adalah sebagai karya asal yang tertulis
dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan, sama ada berbentuk
prosa dan puisi bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi dan
jasmani di samping memaparkan nilai kemanusisaan dan citra masyarakat dalam
diri pelajar dan anggota masyarakat muda yang membaca karya kesusasteraan.
Lazimnya karya-karya sastera yang dihasilkan mengandungi nilai-nilai insan yang
boleh mendidik masyarakat dan memberi ruang kepada masyarakat untuk berfikir
dan mengambil iktibar tentang peristiwa yang dipaparkan melalui penulisan prosa
mahupun puisi. Kebanyakan karya-karya sastera pasti terkandung nilai-nilai
insan di dalamnya.
Kamus Dewan Edisi
keempat (2007) secara amnya mendefinisikan nilai sebagai harga atau kadar
sesuatu barang. Dalam konteks pemikiran, agama dan kemasyarakatan nilai dilihat
sebagai satu sifat ketinggian. Menurut Mohd Rashid Md Idris (2011:13) definisi
nilai dalam bidang sains sosial terbahagi kepada tiga iaitu sifat bagi
menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau
markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada
sesuatu kelakuan manusia. Menurut Mohd Rashid Md Idris (2011:13) nilai membolehkan
manusia membezakan antara yang baik dengan yang buruk dan antara betul atau
salah. Nilai ini menjadikan manusia seorang yang bertimbang rasa dalam
menentukan atau membuat sesuatu keputusan. Oleh hal yang demikian nilai ini
penting diterapkan dalam diri pelajar sejak dari bangku sekolah lagi supaya
dapat melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.
Nilai merupakan unsur
yang penting dalam kehidupan manusia. Tanpa nilai manusia tidak dapat
menetapkan kadar atau kualiti sesuatu barang. Tanpa nilai juga manusia tidak
dapat membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk dan sesuatu yang benar
atau yang salah. Nilai murni mengajar manusia untuk menjadi insan yang
berakhlak mulia. Nilai murni ini perlu ada dalam diri setiap manusia dan perlu
diamalkan dalam kehidupan seharian supaya kehidupan bermasyarakat menjadi lebih
bermakna, aman dan sentosa. Menurut Abdullah Hassan (2004) dalam Dahlia Janan et.al (2004:24)
nilai ialah kepercayaan kita yang menjadi kepada lakuan kita. Nilai kasih
sayang terhadap ibu bapa menjadi asas kita menyara hidup mereka apabila mereka
tua. Nilai bantu-menbantu menjadi asas lakuan kita menolong orang. Nilai
patriotik menjadi asas kita mengangkat senjata mempertahankan kemerdekaan dan
kedaulatan Negara apabila tercabar.
Menurut kamus dewan
edisi keempat (2010) modal bermaksud wang atau harta benda yang digunakan
sebagai dasar atau asas untuk berniaga atau untuk menghasilkan sesuatu yang
menambahkan kekayaan. Insan pula merujuk kepada makhluk atau manusia yang
dicipta oleh pencipta. Oleh hal yang demikian, modal insan bererti modal yang
ada pada seseorang insan seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal
dan rohani.
Modal
insan juga ditakrifkan oleh Mincer dan Gary Backer sebagai aset-aset yang
dimiliki oleh seseorang individu dan memperoleh pulangan melalui aset-asetnya.
Aset-aset yang dimaksudkan ialah ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran, akal,
peribadi, jiwa, nilai-nilai murni, fikiran dan intelek. Selain itu, modal insan
diertikan sebagai himpunan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang dimiliki
oleh seseorang individu yang boleh digunakan untuk menggerak kerja yang
berfaedah bagi individu, organisasi dan persekitarannya.
2.0 Analisis Perbincangan
Analisis yang dilakukan adalah berdasarkan kisah-kisah sastera tradisional dan moden yang mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Kisah-kisah yang dipaparkan boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran untuk kanak-kanak Prasekolah. Nilai-nilai yang boleh diselitkan dalam modul pengajaran pelajar Prasekolah adalah seperti:-
- Nilai kasih sayang
- Nilai hormat-menghormati
- Nilai kerjasama
- Nilai kerajinan
- Nilai ketabahan
- Nilai keberanian
- Nilai ketaatan
- Nilai kesopanan
Cerita-cerita dan lagu yang dipilih adalah bersesuaian dengan murid Prasekolah kerana cerita adalah ringkas dan bahasa yang digunakan mudah untuk difahami. Antara cerita dan lagu yang terdapat dalam pengajaran ini ialah Lagu ABC, Lagu Labah-labah, Cerita Pengembala dengan Biri-biri, Cerita Pemburu dengan Harimau Belang dan Lagu Ucapkan Salam. Setiap lagu dan cerita yang digunakan mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam diri murid-murid Prasekolah.
Lagu ABC
Melalui nyanyian lagu ABC murid-murid Prasekolah ini diterapkan dengan nilai rajin dan bekerjasama. Hal ini jelas apabila lagu ini dipasang murid-murid menyanyi bersama-sama. Selain itu murid akan cuba menghafal dan rajin mengulangkaji.
Lagu Labah-Labah
Nilai gigih berusaha dapat diterapkan melalui nyanyian lagu ini. Melalui lirik lagu ini murid-murid dapat mencontohi nilai gigih berusaha yang ditunjukkan oleh labah-labah. Labah-labah tidak pernah berputus asa membuat sarangnya meskipun hujan yang turun memusnahkan sarangnya. labah-labah berusaha membaiki sarangnya yang telah rosak.
Cerita Pengembala dengan Biri-Biri
Dalam cerita ini terkandung nilai kejujuran dan tolong-menolong antara satu sama lain. Nilai kejujuran sewajarnya ada dalam diri pengembala, dalam cerita ini pengembala suka menipu dengan mengatakan adanya serigala yang ingin memakan biri-birinya. Pengembala harus bercakap jujur dan tidak menipu orang sekelilingnya. Nilai tolong-menolong dapat dilihat melalui watak orang kampung yang mempunyai sikap bantu membantu antara satu sama lain.
Cerita Pemburu dengan Harimau Belang
Nilai insan yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai keberanian, nilai setia kawan, usaha dan rajin. Nilai berani ini ditunjukkan melalui watak dua orang pemburu iaitu Ali dan Ahmad yang berani masuk ke dalam hutan untuk memburu. Nilai rajin pula wujud apabila pemburu rajin pergi memburu untuk mendapatkan rusa yang dikehendaki. Nilai usaha juga boleh dilihat pada watak pemburu apabila mereka berusaha mencari rusa di dalam hutan. Manakala nilai setia kawan perlu ada dalam diri Ali semasa mereka mengalami kesusahan. Ali tidak sepatutnya meninggalkan Ahmad keseorangan ketika mereka dikejar oleh harimau.
Lagu Ucapkan Salam
Nilai hormat-menghormati dapat diterapkan dalam kehidupan seharian melalui lagu ini. Murid-murid dapat pelajari nilai ini apabila mereka sering mengucapkan salam ketika bertemu dengan rakan dan mengucapkan salam kepada cikgu setiap kali cikgu masuk ke dalam kelas.
3.0 Penutup
Kesimpulannya kesemua cerita dan lagu di atas memaparkan nilai-nilai murni yang boleh dicontohi oleh murid-murid prasekolah. Nilai ini boleh dijadikan panduan dan teladan dalam kehidupan seharian pelajar. Sebagai seorang guru prasekolah, kita perlu merancang pengajaran harian agar maklumat yang disampaikan berguna untuk murid. Bahan pengajaran yang disediakan oleh guru perlulah bersesuaian dengan tahap usia murid prasekolah.
Bahan pengajaran yang berbentuk animasi sesuai digunakan oleh guru untuk menarik minat murid prasekolah. Aktiviti nyanyian bukan sahaja boleh menimbulkan keseronokan malahan mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam diri murid.
Nilai-nilai murni sewajarnya diterapkan kepada murid-murid sejak mereka kecil lagi. Hal ini berkait rapat dengan ibu bapa, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. NIlai murni bukan sahaja dapat dipupuk di sekolah malahan dapat juga dipupuk dari rumah. Secara tidak langsung, murid prasekolah akan membesar dengan memiliki nilai-nilai yang membentuk modal insan yang positif.
LAMPIRAN
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

LANGKAH
|
ISI
KANDUNGAN
|
AKTIVITI
GURU
|
AKTIVITI
MURID
|
BBM/CATATAN
|
Set
induksi
|
membaca
ABC
menilai
lirik lagu labah-labah (Isi Cerita)
nilai
dalam cerita Upin Ipin yang bertajuk “Pengembala dengan Biri-biri”
|
Guru membantu murid, ingat kembali
pengajaran sebelum ini. Dengan sama-sama menyanyikan lagu ABC.
Guru mulakan sesi pengajaran dengan
menyanyikan lagu “labah-labah” berserta gaya untuk menarik minat murid.
Guru memasang video “Upin Ipin- Pengembala
dengan Biri-biri”, mengaitkan dengan isi pengajaran hari ini.
|
Murid membaca ABC dengan kuat,
beramai-ramai. (membaca kuat)
Murid mengikut nyanyian guru dan meniru
gaya guru.(menyanyi)
Murid melihat video “Pengembala dengan
Biri-biri”. Menilai isi kandungan video tersebut.(melihat)
|
Klip
video:
Lagu ABC
Upin Ipin “Pengembala dengan Biri-biri”
Slide Power Point
“lirik lagu labah-labah”
|
Langkah
1
|
Mendengar
cerita
Menyanyi
Lagu
Mengenalpasti
nilai yang terdapat dalam cerita yang bertajuk “Pemburu dan Harimau Belang”
|
Guru menyampaikan sebuah cerita kepada
murid.
Semasa bercerita guru akan melakonkan watak-watak yang
terdapat dalam cerita.
Setelah bercerita guru menerangkan
nilai yang terdapat dalam cerita tersebut.
Guru menyanyi lagu “Pemburu di Hutan”
bersama-sama murid.
|
Murid
mendengar cerita yang disampaikan oleh guru.
Murid perlu mengenal pasti nilai yang terdapat
dalam cerita yang disampaikan oleh guru
Menyanyi bersama-sama guru
|
Cerita
“Pemburu
dengan Harimau Belang”
Topeng
Gambar
|
Langkah
2
|
Senaman tommy-tommy sebagai
aktiviti kecergasan kepada murid-murid
|
Guru meminta murid-murid berdiri
dalam keadaan sedia
Kemudian guru menayangkan video
tommy-tommy kepada murid-murid.
Guru meminta murid-murid
mengikuti aktiviti senaman yang dibuat oleh guru.
|
Dua orang murid dipilih untuk
membuat senaman tommy-tommy di hadapan bersama guru.
|
|
Langkah 3
|
Sesi pembahagian kumpulan
kumpulan A (Setia)
kumpulan B (jujur)
kumpulan C (berani)
kumpulan D (usaha)
|
Guru mengedarkan gula-gula
kepada murid-murid
Kemudian guru mengedarkan kepingan kad, gam dan
beras kepada setiap kumpulan
Guru akan mengutip setiap kad
dari setiap kumpulan
Guru mengajar murid-murid
mengeja perkataan yang ada pada kad
|
Murid-murid membentuk kumpulan
berdasarkan warna gula-gula yang diambil.
Murid-murid dikehendaki menabur
butiran beras pada kad yang telah digam.
Murid-murid dikehendaki mengeja huruf yang ada
pada papan kad bersama dengan guru.
|
|
Penutup
|
Soal jawab
dan nyanyian
|
Guru menyoal murid mengenai nilai-nilai murni yang telah dipelajari.
Soalan:
Berapakah nilai-nilai yang kamu pelajari?
Apakah nilai-nilai yang kamu pelajari?
Bolehkah kamu berikan contoh?
Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu “Ucapkan
Salam”
|
Murid menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari.
Jawapan:
Empat.
Setia, jujur, berani dan
usaha.
Kaitkan contoh nilai
berdasarkan cerita Pemburu dengan Beruang Hitam.
Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu “Ucapkan Salam”
|
Lagu “Ucapkan
Salam”
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan