Bicara Ilmu

Blog ini dibina bertujuan untuk:- 

1.0 Pengenalan


Hashim Awang (1985) mentakrifkan kesusasteraan secara umumnya merujuk kepada kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Menurut Tuan Nurizan Raja Yunus & Che Zainon Omar (2011) dalam Siti Khariah Mohd Zubir et.al (2011:139) kesusasteraan dalam konteks pendidikan adalah sebagai karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan, sama ada berbentuk prosa dan puisi bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusisaan dan citra masyarakat dalam diri pelajar dan anggota masyarakat muda yang membaca karya kesusasteraan. Lazimnya karya-karya sastera yang dihasilkan mengandungi nilai-nilai insan yang boleh mendidik masyarakat dan memberi ruang kepada masyarakat untuk berfikir dan mengambil iktibar tentang peristiwa yang dipaparkan melalui penulisan prosa mahupun puisi. Kebanyakan karya-karya sastera pasti terkandung nilai-nilai insan di dalamnya.

Kamus Dewan Edisi keempat (2007) secara amnya mendefinisikan nilai sebagai harga atau kadar sesuatu barang. Dalam konteks pemikiran, agama dan kemasyarakatan nilai dilihat sebagai satu sifat ketinggian. Menurut Mohd Rashid Md Idris (2011:13)  definisi nilai dalam bidang sains sosial terbahagi kepada tiga iaitu sifat bagi menyatakan kepentingan atau manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia. Menurut Mohd Rashid Md Idris (2011:13) nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik dengan yang buruk dan antara betul atau salah. Nilai ini menjadikan manusia seorang yang bertimbang rasa dalam menentukan atau membuat sesuatu keputusan. Oleh hal yang demikian nilai ini penting diterapkan dalam diri pelajar sejak dari bangku sekolah lagi supaya dapat melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa hadapan.

Nilai merupakan unsur yang penting dalam kehidupan manusia. Tanpa nilai manusia tidak dapat menetapkan kadar atau kualiti sesuatu barang. Tanpa nilai juga manusia tidak dapat membezakan sesuatu yang baik dengan yang buruk dan sesuatu yang benar atau yang salah. Nilai murni mengajar manusia untuk menjadi insan yang berakhlak mulia. Nilai murni ini perlu ada dalam diri setiap manusia dan perlu diamalkan dalam kehidupan seharian supaya kehidupan bermasyarakat menjadi lebih bermakna, aman dan sentosa.  Menurut Abdullah Hassan (2004) dalam Dahlia Janan et.al (2004:24) nilai ialah kepercayaan kita yang menjadi kepada lakuan kita. Nilai kasih sayang terhadap ibu bapa menjadi asas kita menyara hidup mereka apabila mereka tua. Nilai bantu-menbantu menjadi asas lakuan kita menolong orang. Nilai patriotik menjadi asas kita mengangkat senjata mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Negara apabila tercabar. 

Menurut kamus dewan edisi keempat (2010) modal bermaksud wang atau harta benda yang digunakan sebagai dasar atau asas untuk berniaga atau untuk menghasilkan sesuatu yang menambahkan kekayaan. Insan pula merujuk kepada makhluk atau manusia yang dicipta oleh pencipta. Oleh hal yang demikian, modal insan bererti modal yang ada pada seseorang insan seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal dan rohani.

Modal insan juga ditakrifkan oleh Mincer dan Gary Backer sebagai aset-aset yang dimiliki oleh seseorang individu dan memperoleh pulangan melalui aset-asetnya. Aset-aset yang dimaksudkan ialah ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran, akal, peribadi, jiwa, nilai-nilai murni, fikiran dan intelek. Selain itu, modal insan diertikan sebagai himpunan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang dimiliki oleh seseorang individu yang boleh digunakan untuk menggerak kerja yang berfaedah bagi individu, organisasi dan persekitarannya. 

2.0 Analisis Perbincangan 

Analisis yang dilakukan adalah berdasarkan kisah-kisah sastera tradisional dan moden yang mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Kisah-kisah yang dipaparkan boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran untuk kanak-kanak Prasekolah. Nilai-nilai yang boleh diselitkan dalam modul pengajaran pelajar Prasekolah adalah seperti:-

          - Nilai kasih sayang
          - Nilai hormat-menghormati
          - Nilai kerjasama
          - Nilai kerajinan
          - Nilai ketabahan
          - Nilai keberanian
          - Nilai ketaatan
          - Nilai kesopanan

Cerita-cerita dan lagu yang dipilih adalah bersesuaian dengan murid Prasekolah kerana cerita adalah ringkas dan bahasa yang digunakan mudah untuk difahami. Antara cerita dan lagu yang terdapat dalam pengajaran ini ialah Lagu ABC, Lagu Labah-labah, Cerita Pengembala dengan Biri-biri, Cerita Pemburu dengan Harimau Belang dan Lagu Ucapkan Salam. Setiap lagu dan cerita yang digunakan mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam diri murid-murid Prasekolah. 

Lagu ABC

Melalui nyanyian lagu ABC murid-murid Prasekolah ini diterapkan dengan nilai rajin dan bekerjasama. Hal ini jelas apabila lagu ini dipasang murid-murid menyanyi bersama-sama. Selain itu murid akan cuba menghafal dan rajin mengulangkaji.

Lagu Labah-Labah

Nilai gigih berusaha dapat diterapkan melalui nyanyian lagu ini. Melalui lirik lagu ini murid-murid dapat mencontohi nilai gigih berusaha yang ditunjukkan oleh labah-labah. Labah-labah tidak pernah berputus asa membuat sarangnya meskipun hujan yang turun memusnahkan sarangnya. labah-labah berusaha membaiki sarangnya yang telah rosak.

Cerita Pengembala dengan Biri-Biri

Dalam cerita ini terkandung nilai kejujuran dan tolong-menolong antara satu sama lain. Nilai kejujuran sewajarnya ada dalam diri pengembala, dalam cerita ini pengembala suka menipu dengan mengatakan adanya serigala yang ingin memakan biri-birinya. Pengembala harus bercakap jujur dan tidak menipu orang sekelilingnya. Nilai tolong-menolong dapat dilihat melalui watak orang kampung yang mempunyai sikap bantu membantu antara satu sama lain.

Cerita Pemburu dengan Harimau Belang

Nilai insan yang terdapat dalam cerita ini ialah nilai keberanian, nilai setia kawan, usaha dan rajin. Nilai berani ini ditunjukkan melalui watak dua orang pemburu iaitu Ali dan Ahmad yang berani masuk ke dalam hutan untuk memburu. Nilai rajin pula wujud apabila pemburu rajin pergi memburu untuk mendapatkan rusa yang dikehendaki. Nilai usaha juga boleh dilihat pada watak pemburu apabila mereka berusaha mencari rusa di dalam hutan. Manakala nilai setia kawan perlu ada dalam diri Ali semasa mereka mengalami kesusahan. Ali tidak sepatutnya meninggalkan Ahmad keseorangan ketika mereka dikejar oleh harimau.

Lagu Ucapkan Salam

Nilai hormat-menghormati dapat diterapkan dalam kehidupan seharian melalui lagu ini. Murid-murid dapat pelajari nilai ini apabila mereka sering mengucapkan salam ketika bertemu dengan rakan dan mengucapkan salam kepada cikgu setiap kali cikgu masuk ke dalam kelas.

3.0 Penutup

Kesimpulannya kesemua cerita dan lagu di atas memaparkan nilai-nilai murni yang boleh dicontohi oleh murid-murid prasekolah. Nilai ini boleh dijadikan panduan dan teladan dalam kehidupan seharian pelajar. Sebagai seorang guru prasekolah, kita perlu merancang pengajaran harian agar maklumat yang disampaikan berguna untuk murid. Bahan pengajaran yang disediakan oleh guru perlulah bersesuaian dengan tahap usia murid prasekolah. 

Bahan pengajaran yang berbentuk animasi sesuai digunakan oleh guru untuk menarik minat murid prasekolah. Aktiviti nyanyian bukan sahaja boleh menimbulkan keseronokan malahan mengandungi nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam diri murid. 

Nilai-nilai murni sewajarnya diterapkan kepada murid-murid sejak mereka kecil lagi. Hal ini berkait rapat dengan ibu bapa, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. NIlai murni bukan sahaja dapat dipupuk di sekolah malahan dapat juga dipupuk dari rumah. Secara tidak langsung, murid prasekolah akan membesar dengan memiliki nilai-nilai yang membentuk modal insan yang positif.


LAMPIRAN


Rancangan Pengajaran Harian (RPH)



LANGKAH
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID
BBM/CATATAN

Set induksi


membaca ABC

menilai lirik lagu labah-labah (Isi Cerita)

nilai dalam cerita Upin Ipin yang bertajuk “Pengembala dengan Biri-biri”
Guru membantu murid, ingat kembali pengajaran sebelum ini. Dengan sama-sama menyanyikan lagu ABC.

Guru mulakan sesi pengajaran dengan menyanyikan lagu “labah-labah” berserta gaya untuk menarik minat murid.

Guru memasang video “Upin Ipin- Pengembala dengan Biri-biri”, mengaitkan dengan isi pengajaran hari ini.

Murid membaca ABC dengan kuat, beramai-ramai. (membaca kuat)

Murid mengikut nyanyian guru dan meniru gaya guru.(menyanyi)

Murid melihat video “Pengembala dengan Biri-biri”. Menilai isi kandungan video tersebut.(melihat)
Klip video:
Lagu ABC

Upin Ipin “Pengembala dengan Biri-biri”

Slide Power Point
 “lirik lagu labah-labah”

Langkah 1

Mendengar cerita

Menyanyi Lagu

Mengenalpasti nilai yang terdapat dalam cerita yang bertajuk “Pemburu dan Harimau Belang”


Guru menyampaikan sebuah cerita kepada murid.

Semasa bercerita guru akan melakonkan watak-watak yang terdapat dalam cerita.

Setelah bercerita guru menerangkan nilai yang terdapat dalam cerita tersebut.

Guru menyanyi lagu “Pemburu di Hutan” bersama-sama murid.


Murid mendengar cerita yang disampaikan oleh guru.

Murid perlu mengenal pasti nilai yang terdapat dalam cerita yang disampaikan oleh guru

Menyanyi bersama-sama guru


Cerita “Pemburu dengan Harimau Belang”

Topeng

Gambar


Langkah 2



Senaman tommy-tommy sebagai aktiviti kecergasan kepada murid-murid

Guru meminta murid-murid berdiri dalam keadaan sedia

Kemudian guru menayangkan video tommy-tommy kepada murid-murid.

Guru meminta murid-murid mengikuti aktiviti senaman yang dibuat oleh guru.


Dua orang murid dipilih untuk membuat senaman tommy-tommy di hadapan bersama guru.

Langkah 3
Sesi pembahagian kumpulan
kumpulan A (Setia)
kumpulan B (jujur)
kumpulan C (berani)
kumpulan D (usaha)
Guru mengedarkan gula-gula kepada murid-murid

Kemudian guru mengedarkan kepingan kad, gam dan beras kepada setiap kumpulan

Guru akan mengutip setiap kad dari setiap kumpulan

Guru mengajar murid-murid mengeja perkataan yang ada pada kad
Murid-murid membentuk kumpulan berdasarkan warna gula-gula yang diambil.

Murid-murid dikehendaki menabur butiran beras pada kad yang telah digam.

Murid-murid dikehendaki mengeja huruf yang ada pada papan kad bersama dengan guru.


Penutup

Soal jawab dan nyanyian

Guru menyoal murid mengenai nilai-nilai murni yang telah dipelajari.

Soalan:
Berapakah nilai-nilai yang kamu pelajari?
Apakah nilai-nilai yang kamu pelajari?
Bolehkah kamu berikan contoh?

Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu “Ucapkan Salam”

Murid menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari.


Jawapan:
Empat.
Setia, jujur, berani dan usaha.
Kaitkan contoh nilai berdasarkan cerita Pemburu dengan Beruang Hitam.
Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu “Ucapkan Salam”

Lagu “Ucapkan Salam”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan