Mari Belajar !!!!!!!

Lagu ABC



Lagu Labah-Labah


Seekor labah-labah
cuba panjat perigi
bila hujan turun
labah cepat lari
terbit matahari
air tiada lagi
labah cuba panjat
sekali lagi


Video Pengembala dengan Biri-biri



Cerita Pemburu dan Harimau Belang


Dalam sebuah kampung ada dua orang pemburu namanya Ahmad dan Ali. Mereka berjanji untuk setia sebagai kawan untuk selama-lamanya.Pada suatu hari mereka berbincang untuk pergi berburu rusa kerana mereka teringin untuk memakan daging rusa.


Ahmad dan Ali pun pergi memburu ke dalam hutan. Mereka ternampak seekor rusa dan mengejar rusa tersebut sehingga masuk ke dalam hutan yang tebal.Semasa mengejar rusa tersebut mereka tidak sedar mereka telah masuk jauh ke dalam hutan. Rusa yang dikejar mereka juga telah hilang. Mereka berusaha mencari rusa yang hilang itu.


Semasa sedang sibuk mencari rusa tersebut. Tiba-tiba muncul seekor harimau belang yang sangat besar. Ali dan Ahmad ketakutan dan melarikan diri. Ali terus memanjat pokok yang terdapat dalam hutan tersebut dan meninggalkan Ahmad keseorangan di bawah pokok. Ahmad tidak tahu memanjat pokok. Ahmad tidak tahu apa yang harus dilakukan lalu dia berpura-pura mati.


Harimau belang tersebut menghampiri Ahmad dan mendapati Ahmad tidak bergerak. Harimau beranggapan bahawa Ahmad telah mati. Lalu harimau belang pergi dari situ. Ali melihat peristiwa yang berlaku dari atas pokok.

Setelah harimau belang beredar dari situ Ali pun turun dari pokok dan bertanya perkara yang dibisikkan oleh harimau belang kepada Ahmad.


Ahmad mengatakan bahawa harimau belang memberitahunya "Kamu bukan kawan yang baik dan setia, kamu meninggalkan kawan ketika dalam kesusahan."Ali berasa menyesal dengan tindakannya meninggalkan Ahmad keseorangan ketika dalam kesusahan. Ali meminta maaf daripada Ahmad dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi.


Ahmad



Ali


Hutan



Harimau


Lagu Pemburu Di Hutan

Ada dua orang pemburu

namanya Ahmad dan Ali

mereka memburu bersama-sama

ke dalam hutan yang ditujui


Semasa mereka memburu

datanglah pula seekor harimau

badannya besar dan juga berbelang

membuat mereka lari lintang-pukang

       (Najeemah Mohd Yusof, 2009:91-92)



Senaman Si Tommy



Aktiviti Berkumpulan









Penutup


Tiada ulasan:

Catat Ulasan